CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 8, 2011

Isu Salindah !! baca dulu baru tau ceritanya !!!

Saya telah difahamkan bahawa beberapa ketika yang lepas terbit isu mengenai SALINDAH. Kononnya akibat SALINDAH ada ibu yang dibedah dan tumpah darah.
Saya sebenarnya tak mahu terbabit dalam kerja yang saya anggap buang masa ini. Tetapi banyak orang meminta saya berikan pandangan. Maka bersetujulah saya akhirnya.

Seperti biasa saya ingin menyatakan bahawa saya tak upaya memaksa orang yang tak berilmu supaya berilmu atau si-bodoh menjadi cerdik. Yang membangkitkan hal ini pun sebenarnya manusia yang terhad ilmunya. Biarpun dia mengaku cerdik, dia kena mengaku bahawa tidak semestinya dia cerdik. Soal ramai pengikut, bukanlah tanda bahawa dia benar dan cerdik. Ahmad Qadiani dari India yang memajukan agama Qadiani pun ramai pengikut. Tak semestinya dia benar.
Bab ilmu, kita kena terus belajar. Itu sebab Islam mengajar, "Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad." Orang yang berilmu dalam perubatan lain daripada Homeopati dan perubatan alternatif yang lain, sepatutnya tuntutlah ilmu dulu. Tambahan prinsip Homeopati amat berbeza dengan prinsip perubatan biasa yang mengguna ubat dadah berbahaya. Bahaya ubat dadah diselindungi dalam side effects, toxic effects, adverse drug reactions, delayed effects. Mungkin ada lain lagi. Tak kisahlah. Yang utama itu fahaman perubatan biasa dan saya berpandangan bahawa janganlah kefahaman kita dipaksakan ke atas orang lain, sambil memaksa orang mengambil benda-benda yang mereka tak gemar. Mungkin pandangan saya salah. Entahlah, bagaimana pandangan anda?


Pernah datang seorang ustaz kepada saya yang mengatakan dia pernah dirawat di hospital berkaitan jantungnya dan doktor memberikan 2 ubat dadah untuk disuntik. Dia diminta memilih salah satu. Satu ubat dadah makan masa lama untuk bertindak. Sementara yang satu lagi cepat, tetapi mengandungi benda yang diharamkan dalam Islam. Begitu kata doktor. Dia memilih yang halal dan lambat dan seorang doktornya menjadi sangat hairan. Dia kemudian bertemu saya untuk mendapatkan ubat daripada saya.
Persoalan seorang yang mengambil SALINDAH dan kemudian anak songsang, terpaksa dibedah dan tumpah darah bukan sebenarnya masalah produk berkenaan. Yang harus juga dimengerti ialah bahawa selain pengguna mengguna SALINDAH dia juga sentiasa berdepan dengan doktor biasa yang menyarankan ubat-ubat tertentu semasa dia hamil. Kita harus tahu bahawa ada ubat tertentu itu boleh bertindak terhadap SALINDAH. Tindakannya boleh menimbulkan reaksi :

• Antidotal ~ membasmikan kesan baik SALINDAH. Biasa juga semasa hamil ibu menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis, terutama dalam masalah keturunan. Mereka diberikan ubat drug oleh doktor mereka yang berlawanan dan membasmikan kesan baik SALINDAH. Lainlah jika mereka berjumpa dan bertanya saya.

• Inimikal ~ reaksi bermusuhan dengan remedi yang terdapat dalam SALINDAH. Dengan itu tertawar dan terbatallah kesan baik SALINDAH, malah lebih buruk lagi, ia boleh menimbulkan side effects, toxic effects, adverse drug reactions, delayed effects, seperti yang biasa diketahui.
Remedi-remedi tertentu dalam SALINDAH adalah sangat sensitif kerana ia terlalu halus setelah dikuatkan melalui potentisasi atau triturasi.Proses-proses ini menghilangkan langsung apa jua bentuk keracunan. Sebenarnya gejala timbul penyakit akibat keracunan atau toksin (dengan apa sahaja termasuk ubat) melebihi tahap toleransi badan (body's treshold level).

• Suplementari ~ ubat sesuai yang bersama dengan remedi dalam SALINDAH. Sekalipun pengguna mengguna remedi Homeopati, dia dan pengamal Homeopati itu tidak semestinya memberikan remedi yang sesuai bersama SALINDAH. Jika remedi yang diguna ini tidak sesuai kemungkinan akan menghentikan kesan baik remedi dalam SALINDAH. Saya dan pegawai-pegawai saya memberikan nasihat, jika diperlukan.

 Saya sedar bahawa saya tidak disenangi oleh pengilang besar yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan tali barut mereka, daripada dulu hingga sekarang. Pelbagai kesulitan akan ditimbulkan bagi menyusahkan pengguna memperoleh ubat-ubat bersifat berkesan, saintifik, selamat dan halal yang dapat saya rumuskan. Saya ada alasan tetapi tak akan menyatakannya di sini. Malah Sir Prof Dr Anton Jayasuria, salah seorang guru saya, di Sri Lanka, pernah diberikan makanan mengandungi racun di Brasil. Dia selamat setelah diberikan remedi Homeopati tertentu. Dia sebelumnya bertukar daripada doktor dan pemaju perubatan biasa dan membantu pengilang besar tertentu ke dalam kementerian di negaranya, kepada pengamal prubatan alternatif, termasuk Homeopati. Ketahuilah ubat drug Thalidomide yang dikeluarkan oleh kilang besar telah diberikan kepada ibu hamil oleh doktor biasa. Kemudian Thalidomide diharamkan kerana ramai ibu yang menggunanya telah melahirkan anak kudung, tanpa tangan dan kaki. Kilang pengeluar masih wujud. Thalidomide, saya difahamkan kini digunakan untuk merawat AIDS dan penyakit kusta. Wallahu aklam. Percayalah SALINDAH tak akan jadi seperti itu.
SET SALINDAH

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...